Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

66) PEJABAT AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kos pengurusan (overhead) bulanan setiap buah pejabat ahli majlis yang ditanggung oleh PBT?

    Kos pengurusan bulanan bagi setiap pejabat Ahli Majlis adalah seperti

    berikut:-

    BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN JUMLAH PERUNTUKAN 

    (SEBULAN)(RM)

    1 Majlis Bandaraya Shah Alam 2,415.38
    2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2,274.00
    3 Majlis Perbandaran Klang 2,500.00
    4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2,500.00
    5 Majlis Perbandaran Subang Jaya 1,330.00
    6 Majlis Perbandaran Selayang 2,500.00
    7 Majlis Perbandaran Kajang 1,750.00
    8 Majlis Perbandaran Sepang 1,840.70
    9 Majlis Daerah Kuala Selangor 1,000.00
    10 Majlis Daerah Hulu Selangor Tiada
    11 Majlis Daerah Kuala Langat 1,000.00
    12 Majlis Daerah Sabak Bernam 1,000.00

     

    Kos tersebut merangkumi kos sewaan pejabat, kos pembayaran gaji kakitangan dan juga kos utiliti. Walau bagaimanapun, sekiranya pejabat Ahli Majlis berkenaan di tempatkan di bangunan milik PBT, kos sewaan akan diserapkan kembali ke dalam akaun PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.