Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

274) PEJABAT INTEGRITI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan Pejabat Integriti Selangor?

    Tujuan utama penubuhan Pejabat Integriti Selangor ini adalah untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri- ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat

     

    Pejabat Integriti Selangor bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras iaitu tadbir urus, pengukuhan integriti, pengesanan dan pengesahan, pengurusan aduan, pematuhan serta tatatertib.

Lampiran

Tiada Lampiran.