Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

112) PEJABAT SUK

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan struktur dan fungsi setiap bahagian / seksyen / unit di bawah pejabat setiausaha kerajaan negeri?

    Sekretariat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor diterajui oleh Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri yang dibantu oleh dua (2) orang timbalan iaitu Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) (juga merangkap sebagai Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan).

    Berdasarkan struktur organisasi sedia ada, empat (4) Bahagian / Unit yang diselia secara langsung di bawah Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu:

    • Bahagian Korporat;
    • Bahagian Audit Dalam;
    • Unit Bencana Alam; dan
    • Unit

    Manakala, terdapat lima (5) Seksyen yang diselia secara langsung oleh YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) iaitu:

    • Seksyen Makro dan Penswastaan;
    • Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan;
    • Seksyen Sektoral;
    • Seksyen Agihan dan Pembangunan; dan
    • Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

    Di bawah seliaan YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), terdapat lima (5) Bahagian yang dipertanggungjawabkan iaitu:

    1. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia;
    • Bahagian Khidmat Pengurusan;
    • Bahagian Teknologi Maklumat;
    • Pejabat Menteri Besar; dan
    • Pejabat Dewan

     

    Carta organisasi keseluruhan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri disertakan di Lampiran A manakala fungsi setiap Bahagian / Seksyen / Unit diperjelaskan di Lampiran B.

Lampiran

Tiada Lampiran.