Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

249) PEJABAT TANAH DAERAH PETALING

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah Pejabat Tanah Daerah Petaling di SS16 Subang Jaya perlu berpindah?

    Kompleks Pejabat Tanah Daerah Petaling di SS16 Subang Jaya perlu

    berpindah mengambil kira:-

    • Keperluan Jabatan-jabatan Negeri Dan Persekutuan Untuk Berada Di Bawah Satu Bumbung

    Pejabat sedia ada telah menyediakan banyak ruang bagi setiap jabatan akan tetapi dengan kepesatan pembangunan negara maka permintaan ruang baru untuk jabatan-jabatan tertentu pada peringkat Negeri dan Persekutuan telah bertambah dan memaksa perkongsian ruang yang terhad di dalam bangunan yang agak kecil jika dibandingkan dengan jabatan-jabatan yang terdapat di sini.  Oleh itu, keperluan bagi berpindah ke kawasan yang lebih luas serta keperluan bangunan yang lebih besar adalah amat kritikal dan memerlukan tindakan yang drastik.  Jabatan-jabatan yang ketika ini terletak di luar Kompleks sedia ada seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Jabatan Penerangan Daerah Petaling, Pejabat Pemadam Daerah Petaling, Pejabat Rela Daerah Petaling, Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling dan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Petaling dicadangkan akan diletakkan di bawah satu bumbung untuk memudahkan orang ramai membuat urusan.

    • Keperluan Ruang Kerja Yang Bertambah

     

    Pejabat Daerah Petaling yang sedia ada di Subang Jaya dengan keluasan 11,398 meter persegi tidak lagi mampu untuk menampung bilangan kakitangan dan perkakasan baru yang bertambah mengikut peredaran masa.  Ini menyebabkan persekitaran pejabat menjadi kurang selesa dan secara tidak langsung mewujudkan satu suasana yang tidak kondusif untuk bekerja.  Ruang-

    ruang yang sepatutnya dijadikan tempat yang confidencial telah diambil alih oleh ruang-ruang untuk menampung kepadatan kakitangan.

    • Keperluan Bekerja Di Bangunan Baru Yang Mempunyai Ciri-Ciri ‘Smart Building’

     

    Usia bangunan dan perkakasan pejabat boleh dikatakan agak lama dan sesetengahnya tidak boleh digunakan lagi. Kekurangan ini boleh menyebabkan mutu perkhidmatan yang diberikan kurang memuaskan dan membebankan kakitangan dan orang ramai yang berurusan dengan Pejabat Daerah.  Masalah kelewatan juga sering kali dikautkan dengan kelemahan dari segi aspek perkakasan dan suasana kerja yang tidak memberangsangkan.  Maka sebuah bangunan yang dilengkapi dengan ciri-ciri ‘smart building’ amatlah diperlukan untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul demi mencapai visi ‘Selangor Maju 2005’.

Lampiran

Tiada Lampiran.