Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

192) PEKAWANIS DAN BANTUAN KEMASYARAKATAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Atas peruntukan peraturan manakah, walaupun sebagai NGO, Pekawanis diberikan peranan utama dalam menyalurkan bantuan dari syarikat subsidiari kerajaan kepada rakyat?

    Untuk menjawab soalan ini saya bentangkan Perlembagaan PEKAWANIS untuk rujukan. Sila lihat lampiran I.

    Misi PEKAWANIS adalah untuk Meningkatkan Kualiti Hidup Rakyat Negeri Selangor melalui Ilmu Pengetahuan dengan Mengutamakan Aspek Kebajikan. Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada usaha-usaha mana-mana NGO tidak terkecuali PEKAWANIS dalam urusan memberi bantuan kepada rakyat terutama sekali dalam membela rakyat fakir miskin yang terpinggir, golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan anak-anak yatim.

    PEKAWANIS telah memohon dengan justifikasi kertas kerja (proposal paper) dan memajukan kepada Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor setiap kali ia memerlukan sokongan dana seperti projek Bantuan Sumbangan sempena Perayaan, Projek Laman Dapur, Jejak Amal, Rumah Perlindungan Rumah Puteri Arafiah dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.