Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

77) Pekeliling Kerajaan Persekutuan Dan Negeri

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah semua pekeliling terkini dan yang masih diguna oleh kerajaan negeri dan persekutuan akan dibukukan untuk rujukan penjawat awam dan wakil rakyat khususnya penyandang jawatan yang baru?

    Semua pekeliling / surat pekeliling / surat edaran yang terkini dan yang masih berkuat kuasa boleh dirujuk pada jabatan / agensi / bahagian yang berkaitan kerana penyelarasan pekeliling / surat pekeliling / surat edaran dibuat mengikut skop dan bidang tugas jabatan / agensi / bahagian masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.