Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
101) PEKELILING PERKHIDMATAN AWAM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Pekeliling Perkhidmatan Bil 2, Tahun 1993, yang bertujuan untuk menghadkan jumlah elaun pengarah yang diterima oleh penjawat awam digunapakai dan dikuatkuasakan di Negeri Selangor?
Pada dasarnya, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1993 hanya dijadikan panduan asas bagi melayakkan pegawai kerajaan menerima bayaran elaun dan pampasan yang boleh disimpan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik menjadi Pengerusi / Ahli Lembaga Jemaah Pengarah Badan-badan Berkanun / Kuasa-kuasa Tempatan / Badan-badan Perniagaan yang Kerajaan mempunyai
Hal sedemikian kerana penetapan jumlah kadar bayaran adalah tertakluk kepada kelulusan Menteri Besar / Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) / Badan-badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan / Anak Syarikat Kerajaan Negeri masing-masing dan tidak terikat dengan kadar yang dinyatakan dalam Pekeliling tersebut.