Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

102) PEKERJA DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri memberikan sebarang insentif kepada sektor swasta untuk memberi galakan agar pekerja tempatan diutamakan seperti pengurangan kadar cukai dan sebagainya?

    Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan sektor perindustrian mengambil pekerja di kalangan pekerja tempatan terutamanya penduduk sekitar di mana syarikat tersebut beroperasi.  Pihak syarikat juga lebih gemar sekiranya mereka mendapat pekerja di kalangan pekerja yang berada dikawasan sekitarnya kerana akan mengurangkan kos operasi mereka.

    Namun begitu setakat ini tiada sebarang insentif yang diberikan kepada sektor swasta untuk mengutamakan pekerja tempatan.

    Walaupun begitu, Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan beberapa syarat sebelum meluluskan sebarang permohonan kepada pihak syarikat bagi mendapatkan khidmat pekerja asing bertujuan untuk memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan. Antara syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut;-

    Pihak syarikat diminta untuk memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dahulu. Sekiranya pihak syarikat telah melaksanakan berbagai usaha untuk mendapatkan pekerja tempatan namun masih gagal, barulah pihak syarikat boleh memohon untuk mendapatkan khidmat pekerja asing.

    Dalam kelulusan bagi mendapatkan khidmat pekerja asing, pihak Kementerian juga menetapkan kuota 2 : 1 iaitu bagi setiap 2 pekerja tempatan hanya 1 pekerja asing dibenarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.