Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

102) PEKERJA KDEB WASTE MANAGEMENT SDN BHD (KDEBWM)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan peratusan pekerja warga asing yang berkhidmat dengan KDEBWM dan kontraktor-kontraktornya secara terperinci.

    Soalan ini adalah melibatkan dua konteks yang berbeza. Dalam konteks KDEBWM yang sehingga kini memiliki seramai 291 pekerja, semua kakitangan yang dilantik oleh adalah seratus peratus warga tempatan. Bilangan pekerja teramai adalah Penyelia Kawasan iaitu seramai 214 orang atau bersamaan sebanyak 74 peratus dari keseluruhan jumlah kakitangan KDEBWM dan kesemua mereka ini adalah dikalangan golongan B40.
    Dalam konteks sub-kontraktor KDEBWM pula, sehingga kini jumlah krew yang ada dianggarkan seramai 975 orang bagi kutipan sisa pepejal domestik manakala untuk pembersihan awam pula, jumlah krew yang adalah seramai 6,156 orang. Secara kasarnya dianggarkan peratusan krew warga asing untuk kutipan sisa pepejal domestik dan pembersihan awam di kesemua 11 kawasan PBT yang diuruskan oleh KDEBWM adalah sebanyak 80% manakala baki 20% lagi adalah warga tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.