Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

64) PEKERJA LADANG, KEMISKINAN DAN KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bolehkah Exco menyatakan kejayaan-kejayaan besar Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin pada 2013 di dalam usaha- usaha membantu golongan ini?

    Negeri Selangor telah banyak menyumbang dalam melaksanakan programprogram yang bertujuan untuk membantu masyarakat. Antara kejayaankejayaan besar yang dapat kita lihat pada tahun 2013 ialah dari segi peningkatan permohonan program-program yang sedia ada seperti Bantuan Blueprint dan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin serta program-program di bawah pekerja ladang. Satu peningkatan besar dapat kita lihat pada program blueprint dengan pertambahan kelulusan permohonan sebanyak 28% dari tahun 2012 kepada 2013 iaitu sebanyak 252 penerima pada tahun 2012 kepada 351 penerima pada tahun 2013.

    Bagi program Kerajaan Prihatin, perkara sama yang berlaku iaitu pertambahan kelulusan rumah yang diberi iaitu pada tahun 2012 sebanyak 11 penerima meningkat kepada 166 penerima pada tahun 2013. Peningkatan ini adalah satu kejayaan yang boleh dianggap besar bagi Kerajaan Negeri Selangor. Dalam langkah membantu lebih ramai rakyat yang kurang berkemampuan, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah untuk menaikkan had pendapatan isi rumah bagi permohonan tersebut daripada RM600 kepada RM1,500 pada tahun 2013. Dengan cara ini, lebih ramai lagi masyarakat dapat dibantu dalam menerima manfaat Program tersebut. Kerajaan Negeri menganggarkan peningkatan agak besar dari segi penerima bantuan melalui pendekatan ini

    Untuk program-program di bawah pekerja ladang sepanjang tahun 2013 pula, sebanyak 19 program telah diadakan berbentuk motivasi dan programprogram yang memberi manfaat khusus untuk para pekerja ladang untuk membantu mereka dalam langkah memajukan diri. Selain itu, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah mengadakan perjumpaan bersama para penduduk ladang seperti Bukit Rajah, Ladang Bangi, Ladang Tumbok, Ladang inch Canon dan sebagainya dalam usaha untuk menjaga hak pekerja ladang seperti bantuan untuk mendapatkan rumah dan hal-hal lain bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Ini adalah satu kejayaan Kerajaan Negeri dalam membantu para penduduk ladang,. Begitu juga dengan penganjuran Job Fair pada 2013 dengan tujuan untuk membantu golongan yang kurang dari segi pendidikan untuk mendapatkan pekerjaan. Hal ini boleh dianggap sebagai satu kejayaan di bawah Porfolio. Dilampirkan bersama program-program yang dilaksanakan di bawah Stanco Pekerja Ladang bagi Tahun 2013.

Lampiran

Tiada Lampiran.