Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

200) PEKERJA LADANG WARGA ASING

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kaedah Kerajaan Negeri bagi memastikan sektor perladangan tidak dimonopoli oleh warga asing?

    Di bawah sektor perladangan, tidak dinafikan bahawa sektor ini sebahagian besar dimonopoli oleh warga asing. Permasalahan ini berlaku adalah disebabkan oleh urusan pengambilan pekerja-pekerja ladang dilaksanakan oleh majikan ladang itu sendiri. Kita juga mengambil maklum, pembayaran gaji kepada golongan warga asing juga adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan pekerja ladang warga

     

    Kerajaan Negeri tiada kuasa campur tangan di dalam menentukan urusan pengambilan pekerja ladang kerana hal tersebut adalah bergantung kuasa sepenuhnya kepada pengurusan pemilik ladang yang berkenaan dan kuasa pelantikan pekerja ladang adalah terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia.

    Oleh yang demikian, kuasa Kerajaan Negeri adalah terhad dalam membela nasib pekerja ladang tempatan mahupun menghalang pengambilan pekerja warga asing. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa cuba membela nasib dan menjaga kebajikan pekerja ladang dengan penganjuran program- program bantuan seperti Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah, Bantuan Yuran Pengajian, Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR serta program- program bagi meningkatkan mutu pendidikan. Selain itu, sewaktu sektor ladang dibangunkan ketika dahulu, Kerajaan melalui Estate Landboard telah membantu pekerja ladang dengan memohon perumahan, tapak ibadat, tapak sekolah sebagai keperluan asas mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.