Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

52) PEKERJA LADANG

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah terkini pekerja ladang yang berada di Selangor.

    Kerajaan Negeri Selangor dibawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang sedang mengumpul data terkini melibatkan jumlah pekerja ladang di Negeri Selangor. Namun begitu, data sedia ada yang direkodkan dan diperolehi dari Nation Union Plantation Workers (NUPW) pada tahun 2014 adalah seperti di

    Lampiran. Untuk makluman Yang Berhormat Jeram, pekerja ladang yang berjaya dikenalpasti pada tahun tersebut adalah seramai 3,211 orang melibatkan 89 ladang. Dalam pada itu, dipercayai tidak semua pekerja ladang mendaftarkan diri kepada NUPW. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mendapatkan statistik lengkap jumlah ladang terkini di Negeri Selangor dan jumlah pekerja ladang sebagai rujukan di masa – masa hadapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.