Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

269) PEKERJA-PEKERJA DI PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang harus diambil untuk memastikan pekerja-pekerja di Pusat Khidmat Masyarakat dilindungi insurans?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 21 /2013 bertarikh 24 Julai 2013 telah meluluskan pelantikan tiga (3) orang Pembantu Tadbir secara contract for service untuk setiap Pusat Khidmat Masyarakat dengan diberi kelulusan khas caruman KWSP. Lanjutan daripada keputusan tersebut, Kerajaan Negeri telah menerima cadangan supaya setiap Pembantu Tadbir tersebut dilindungi oleh PERKESO. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut dan cadangan tersebut telah ditangguhkan berikutan keputusan Kerajaan Negeri untuk menambah seorang lagi kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat untuk setiap kawasan Ahli Dewan Negeri. Perkara ini akan dikaji semula setelah pertambahan Pembantu Tadbir di Pusat Khidmat Masyarakat dilaksanakan tahun hadapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.