Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

139) PEKERJA-PEKERJA KONTRAK DI SUK

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bilangan dan kategori penjawat-penjawat kontrak yang dilantik di bawah SUK?

    Berdasarkan rekod yang dikemas kini sehingga 1 April 2014, jumlah pegawai dan kakitangan yang dilantik secara kontrak di bawah jurisdiksi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berjumlah 535 orang bagi tempoh tahun 2008 hingga suku tahun pertama 2014. Perincian jumlah pelantikan mengikut tahun adalah seperti berikut:

    Tahun Jumlah Pelantikan Kontrak
    2008 36
    2009 61
    2010 116
    2011 37
    2012 97
    2013 153
    Jan-Mac 2014 35
    Jumlah 535

    Selain daripada pelantikan yang dilaksanakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, terdapat beberapa lagi sumber pelantikan anggota secara kontrak diuruskan oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM) masing-masing iaitu:

    Bil. Pihak Berkuasa Melantik Jumlah
    1. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 680
    2. Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) 62
    3. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 468
    4. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 489
    5. Majlis Perbandaran Klang (MPK) 114
    6. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 118
    7. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 487
    8. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 27
    9. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 311
    10. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 47
    11. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 47
    12. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 3
    13. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 29
    14. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) 43
    15. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 23
    16. Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) 26
    17. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 366
    18. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) 17
    19. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) 33
    Jumlah keseluruhan 3390

    Pelantikan anggota kontrak ini dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu seperti berikut:

    1. Lantikan selepas persaraan bagi jawatan-jawatan utama seperti Timbalan Mufti Negeri Selangor, Setiausaha Khas (Unit Bintang) dan lain-lain atas justifikasi kepakaran;
    2. Lantikan anggota dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) (Gred 41 hingga 54) seperti jawatan-jawatan skim perkhidmatan berikut:
      • Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) (Skim S);
      • Pegawai Tadbir (Skim N);
      • Pegawai Hal Ehwal Ekonomi (Skim E);
      • Jurutera (Skim J);
      • Pegawai Perancang Bandar dan Desa (Skim J);
      • Pegawai Teknologi Maklumat (Skim F);
      • Pegawai Syariah (Skim LS);
      • Pegawai Penerangan (Skim S);
      • Pegawai Perangkaan (Skim W);
      • Akauntan (Skim W); dan
      • Pegawai Undang-undang (Skim L).
    • Lantikan anggota dalam Kumpulan Pelaksana (Gred 11 hingga 40) seperti jawatan berikut:
      • Penolong Pegawai Tanah (Skim NT);
      • Penolong Pegawai Tadbir (Skim N);
      • Penolong Akauntan (Skim W);
      • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Skim F);
      • Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Skim S);
      • Penolong Pegawai Bahasa;
      • Penolong Juruaudit (Skim W);
      • Penolong Jurutera (Skim J);
      • Penolong Pegawai Perancang Bandar (Skim J);
      • Penolong Pegawai Undang-undang (Skim L);
      • Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi (Skim E);
      • Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi ) (Skim N);
      • Pembantu Tadbir (Kewangan) (Skim W);
      • Pembantu Hal Ehwal Islam;
      • Pegawai Khidmat Pelanggan (Skim N);
      • Pembantu Penguatkuasa;
      • Pengawal Keselamatan;
      • Juruteknik;
      • Pembantu Operasi; dan  Pembantu kemahiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.