Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

17) PEKERJA-PEKERJA LADANG

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengemukakan cadangan pembinaan rumah kepada pekerja-pekerja ladang

     

    Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin sentiasa mengalu-alukan permohonan daripada pekerja-pekerja ladang bagi bantuan rumah di bawah Program Kerajaan Prihatin. Pembinaan rumah kepada pekerja ladang adalah berdasarkan dua (2) kategori iaitu mempunyai tanah sendiri atau melalui tanah pihak pengurusan ladang.

     

    Bagi yang mempunyai tanah sendiri, Kerajaan Negeri boleh membina rumah di tanah yang disyorkan oleh pemohon. Manakala bagi tanah pihak pengurusan ladang, pihak pengurusan mestilah memberi/menukar hak milik tanah tersebut kepada pemohon.

     

    Pada tahun ini Kerajaan Negeri juga telah memberi bantuan membaik pulih dan membina tandas di tujuh (7) buah rumah pekerja ladang di Ladang Tumbuk, Kuala Langat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.