Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

196) PEKERJAAN UNTUK RAKYAT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan kadar pengangguran di negeri ini ditanggani dengan baik?

    Pentadbiran Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dalam merancang dan melipatgandakan usaha minimumkan kadar pengangguran dan mewujudkan peluang pekerjaan di Negeri

    Antara perancangan dan usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan adalah dengan mengadakan program-program seperti berikut;

    • Kerjasama dengan Invest Selangor bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan mengadakan program promosi (pengiklanan melalui local and international magazine seperti Foreign Direct Investment, in flight magazine, mengadakan lawatan ke luar negara bersama Malaysian Investment Development Authority – Mida dan menyertai pameran perdagangan bertujuan menarik pelabur dari dalam dan luar negara;

     

    1. Melalui tajaan pelajar di kolej INPENS khususnya kepada pelajar-pelajar yang berpendapatan rendah dengan menawarkan pembelajaran ilmu teknikal dan vokasional serta latihan kemahiran;

     

    • Menganjurkan beberapa program kerjaya khusus untuk belia bagi memberikan pendedahan mengenai peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi serta maklumat-maklumat bantuan kewangan;

     

    1. Menganjurkan program-program seminar dan kursus keusahawanan khususnya untuk memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawanan kepada golongan belia seperti berikut:

     

    1. Kursus Asas Keusahawanan;
    2. Kursus Pemasaran;
    3. Kursus Pengurusan Kewangan; dan
    4. Kursus Rancangan

     

    1. Program Jom Kerja berbentuk Karnival yang telah diadakan di semua daerah di Negeri Selangor dengan mengadakan temu duga terbuka (walk in interview) oleh syarikat-syarikat yang memerlukan pekerja;

     

    • Kerjasama dengan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad telah melaksanakan Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) dan kini dikenali sebagai Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) bertujuan untuk membantu para siswazah dan rakyat Selangor yang masih belum mendapat pekerjaan dalam mempertingkatkan pengetahuan dan keupayaan diri mereka melalui penyediaan latihan sama ada dalam bentuk kemahiran umum (softskill) atau kemahiran-kemahiran teknikal; dan

     

    • Mengadakan kerjasama dengan Selangor Human Resources Development Center (SHRDC) iaitu melaksanakan program pembangunan bakat YES (Youth Enhancement Strategy dan i-HIT (Internship High Impact Talent). Fokus program ini adalah kepada pelajar lepasan sekolah, lepasan graduan serta pekerja industri sendiri. SHRDS melalui kerjasama dengan National Instruments dan Statistics.com USA telah melaksanakan dua program berasingan iaitu program Certified LabVIEW Associate Developer dan Big Data Analytics yang disasarkan kepada fakulti kejuruteraan dan teknologi maklumat di

     

    Selain itu, dalam usaha pembangunan bakat dan kebolehan generasi muda secara berterusan, latihan kemahiran teknikal amat strategik untuk membina ekonomi generasi muda khusus kepada 70% anak muda yang tidak berpeluang memasuki institusi pengajian tinggi.

     

    Melalui program YES (Youth Enhancement Strategy), ia memberi peluang kepada lepasan sekolah dengan membangunkan kerjaya dan memberi peluang latihan, persijilan dan peluang pekerjaan serta mewujudkan tenaga kerja berkemahiran di dalam industri serta mengurangkan kebergantungan industri kepada tenaga kerja luar.

Lampiran

Tiada Lampiran.