Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

53) PEKERJAAN YANG DICEBURI OLEH WARGA SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jenis-jenis pekerjaan yang diceburi golongan belia di Negeri Selangor.

    JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR

     Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa kini belum ada maklumat yang lengkap mengenai pengkhususan pekerjaan bagi belia di Negeri Selangor. Hasil dapatan pihak Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) berdasarkan data Penduduk Bekerja Mengikut Industri Dalam Kalangan Belia (15-40 tahun) Bagi Tahun 2017 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia melalui pendekatan isi rumah bagi seluruh rakyat Malaysia mendapati jenis-jenis pekerjaan yang diceburi oleh golongan belia mengikut tujuh industri keutamaan adalah seperti berikut:

    Penduduk Bekerja Mengikut Industri Dalam Kalangan Belia (15-40 tahun) Bagi Tahun 2017

    Bil. Industri Jumlah
    1. Pembuatan 1,791,400
    2. Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan

    Kenderaan Bermotor Dan Motosikal

    1,768,200
    3. Pertanian, Perhutanan Dan Perikanan 980,800
    4. Penginapan Dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Dan Minuman 891,400
    5. Pembinaan 811,500
    6. Pendidikan 521,100
    7. Pentadbiran   awam    dan    pertahanan;                         aktiviti keselamatansosial wajib 473,600

     

Lampiran

Tiada Lampiran.