Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

79) PELABUHAN KELANG FREE ZONE (PKFZ)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kecoh berhubung dengan PKFZ. Walaupun PKFZ di bawah pentadbiran Persekutuan, tetapi oleh kerana ianya berada di dalam negeri Selangor, maka sebagai rakyat negeri Selangor kita bertanya kepada YAB DATO' Menteri Besar. Apakah masalah sebenarnya yang menimbulkan kekecohan berhubung dengan PKFZ

    Pertama kontroversi pembelian tapak PKFZ sebesar 1000 ekar. Kuala Dimensi Sdn. Bhd. membelinya daripada koperasi nelayan pada harga RM3.00 sekaki persegi (jumlah nilai RM95 juta), tetapi menjualnya tiga tahun kemudian pada tahun 2002 kepada Lembaga Pelabuhan Klang pada RM25.00 sekaki persegi (jumlah nilai RM1.8 bilion).

     

    Pada waktu pembelian itu disyorkan, Kementerian Kewangan dan Kamar Peguam Negara mengesyorkan pengambilan “compulsory acquisition” pada harga RM10 sekaki persegi atau RM720 juta tetapi syor ini ditolak.

     

    Kedua, Lembaga Pelabuhan Klang kemudian melantik Kuala Dimensi sebagai kontraktor projek PKFZ dengan nilai projek RM1.3 bilion, dan perjanjian tambahan meningkatkan kosnya dengan RM500 juta lagi.

     

    Ketiga, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan juga meluluskan pinjaman “softloan” sebanyak RM4.6 bilion kepada PKFZ.

Lampiran

Tiada Lampiran.