Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

6) PELABUHAN KLANG SEBAGAI SHIPPING HUB

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pelabuhan Klang terletak dalam sistem laluan pengangkutan maritim dunia dan merupakan di antara 35 pelabuhan yang terpenting dalam dunia maritim. Apakah usaha kerajaan negeri mengambil manfaat ini menjadikan Pelabuhan Klang sebagai penjana ekonomi negeri?

    Pelabuhan Klang terletak dalam sistem laluan pengangkutan maritim dunia dan merupakan di antara 35 pelabuhan yang terpenting dalam dunia maritim. Dalam merancang pembangunan di kawasan Pelabuhan Klang, pihak MPK telah mewujudkan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Pelabuhan Klang yang merupakan dokumen Pelan tindakan yang digunakan oleh MPK dalam menentukan hala tuju pembangunan masa hadapan.

    Pelabuhan Klang merupakan pusat perhubungan dan pengangkutan utama di Malaysia dan penyumbang utama ekonomi negeri Selangor terutamanya dari segi sektor pengangkutan dan pembuatan serta menyokong perkembangan sektor perindustrian di kawasan ini. Ini menunjukkan Pelabuhan Klang mempunyai kepentingan dari segi sektor perindustrian dan pelabuhannya dalam konteks negeri Selangor.

    Berdasarkan RSN Selangor, Bandar Pelabuhan Klang telah dikenalpasti sebagai pusat perkhidmatan utama kepada Pelabuhan Klang. Bandar Pelabuhan Klang juga telah dicadangkan sebagai sebahagian Zon Pembangunan Pelabuhan dan Maritim yang meliputi kawasan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat. Sejajar dengan aktiviti pelabuhan dan pengangkutan yang sedia ada, aktiviti yang digalakkan untuk menyokong pembangunan “transhipment hub” dan penghantaran kargo di Asia Pasifik ialah aktiviti pelabuhan yang berasaskan maritim.

    Secara umumnya, bagi kawasan RKK ini, struktur guna tanah ditumpukan kepada 5 zon utama, iaitu:

    • Pusat bandar dan pusat komersial di pertengahan kawasan RKK yang terletak di persimpangan Persiaran Raja Muda Musa dan Jalan Kem.
    • Kawasan perumahan stabil di sebelah timur Lebuh Raya Pelabuhan Utara yang merupakan zon kediaman utama.
    • Kawasan pelabuhan di pesisiran laut menjadi pemangkin bagi pembangunan kawasan RKK.
    • Kawasan industri pelabuhan di sebelah tenggara kawasan RKK bagi menyokong aktiviti pelabuhan.
    • Kawasan pembangunan bercampur di sebelah barat Lebuh Raya

    Pelabuhan Utara untuk penggunaan institusi, perniagaan, rekreasi dan kediaman bagi menyokong aktiviti pelabuhan dan menyediakan kemudahan kepada pengunjung.

    Cadangan aktiviti guna tanah dalam kawasan RKK Pelabuhan Klang adalah berdasarkan 5 zon utama iaitu;-

    1. Pusat Bandar
    2. Perumahan
    3. Institusi
    4. Industri
    5. Kegunaan Khas

    Antara aktiviti yang digalakkan dalam zon utama pada masa hadapan adalah:-

    • Kompleks Jualan Bebas Cukai. ii. Pejabat Perkhidmatan dan Profesional iii. Pejabat Logistik atau Penghantaran iv.     Penyelidikan dan Latihan Maritim
    • Hotel dan Kemudahan Pelancongan vi. Pelancongan Maritim dan Kepulauan vii. Muzium Maritim
    • Seni Maritim, Kraf dan Kebudayaan ix. Kawasan Warisan Bandar
    • Pusat Rekreasi dan Taman Tema xi. Pusat Hiburan xii. Kafe dan Restoran xiii. Kediaman ‘Waterfront’ xiv. Jeti Pengangkutan Air
    • Jeti Perhentian Kapal Pelayaran xvi. Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu xvii.    Terminal Kenderaan Berat xviii.      Aktiviti Pelabuhan dan Pengendalian Kargo.

    Selain itu, Kerajaan Negeri melalui anak syarikat Central Spectrum (M) Sdn Bhd dibawah KDEB turut membangunkan kawasan – kawasan industri di Pulau indah bagi menapung permintaan kawasan-kawasan industri yang berdekatan dengan kemudahan pelabuhan.

    *Sumber : MPK, RKK Pelabuhan Klang

Lampiran

Tiada Lampiran.