Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

32) PELABUHAN KLANG TELAH MENJADIKAN BANDAR TERBIAR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pelabuhan Klang telah terbiar selama sepuluh tahun akibat tidak dipeduli oleh Kerajaan BN. Pakatan telah memerintah sekarang dan perlu fokus membangunkan semula PK. Adakah Kerajaan Selangor akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Pelabuhan Klang dan langkah yang akan diambil?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui PLAN Malaysia @Selangor  telah menyediakan satu pelan perancangan iaitu Pelan Induk Pelabuhan Klang yang menyediakan perancangan terperinci untuk kawasan Pelabuhan Klang yang merangkumi semua aspek seperti gunatanah,kemudahan infrastruktur dan utiliti, sistem pengangkutan, lanskap dan kemudahan rekreasi bagi tujuan penambahbaikan dan pembangunan semula Bandar Pelabuhan Klang.

    Majlis Perbandaran Klang mengambil perhatian dan mengenalpasti kawasan- kawasan mundur dan tidak berdaya maju seperti di kawasan Jalan Kem, Jalan Tengku Badar dan pusat bandar di mana antara kekangan pembangunan adalah tanah milik persendirian dan tanah-tanah industri awam milik agensi persekutuan. Pelan tindakan akan dibuat melibatkan agensi persekutuan dan Lembaga Pelabuhan Klang untuk merancang dan membangunkan semula tanah-tanah terbiar dan bangunan-bangunan usang sejajar dengan Pelabuhan Klang sebagai pintu masuk utama negara melalui jalan air.

Lampiran

Tiada Lampiran.