Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

82) PELABUR ASING

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan kemelesetan ekonomi mencecah peringkat yang membimbangkan serta kejatuhan nilai wang Ringgit Malaysia, apakah langkah- langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik pelaburan asing ke Negeri Selangor?

    Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik pelabur asing ke Negeri Selangor seperti beri

    Pengurusan

     

    • Menyediakan pelan perancangan strategik sektor
    • Memperkukuhkan peranan agensi penggalakkan pelaburan seperti Invest Selangor bagi membantu sebagai pemudahcara pelaburan kepada para pelabur.
    • Memperkasakan Unit Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu pihak pelabur diperingkat Pihak Berkuasa
    • Memastikan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) diadakan sekerap mungkin di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyelesaikan isu-isu pengurusan dan penyelenggaraan kawasan-kawasan industri.
    • Menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dengan membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan peruntukkan MARRIS bagi menyelenggara kawasan – kawasan perindustrian yang sedia ada.
    • Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju swasta.
    • Pihak Kerajaan Negeri menggalakkan pembukaan kawasan perindustrian baru yang berkonsepkan Managed Industrial Park dengan konsep Gated and
    • Membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB

     

    • Initiatif e-commerce bagi membantu usahawan tempatan melebarkan pasaran produk keluaran
    • Invest Selangor Talent initiative – menjalinkan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan bagi membantu para pelabur mendapatkan sumber tenaga kerja mengikut kemahiran yang
    • Invest Selangor Advisory Network – menjalinkan kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan profesional bagi memberikan perkhidmatan kepada

     

    2.                  Networking

     

    • Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program lawatan penggalakan pelaburan. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan merangka program lawatan ke luar Negara sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun ke Negara yang
    • Meningkatkan jaringan networking dengan kedutaan-kedutaan asing di Malaysia, Dewan-Dewan Perniagaan Asing dalam dan luar Negara melalui program kunjungan hormat yang diadakan dari masa ke
    • Penyertaan wakil Kerajaan Negeri dalam misi penggalakan pelaburan dan perdagangan anjuran MITI / MIDA
    • Mewujudkan jaringan kerjasama strategik dengan syarikat milikan asing yang ada di Selangor bagi memperkenalkan negeri Selangor kepada pelabur-pelabur di Negara

     

    3.                  Promosi

     

    1. Mempromosikan peluang-peluang pelaburan melalui pengiklanan dalam media cetak atau elektronik dalam dan luar
    2. Penyertaan dalam pameran yang bertaraf
    3. Penganjuran Selangor International Expo yang dijadualkan pada 26 – 28 November 2015 bertempat di Seri Kembangan, Selangor

     

Lampiran

Tiada Lampiran.