Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

123) PELABUR LUAR NEGARA/NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah hasil kajian semula polisi-polisi dan syarat-syarat pelaburan dan perniagaan bagi menarik semula pelabur luar?

    Pihak Kerajaan Negeri melalui agensi yang berkaitan telah mengambil inisiatif bagi mengkaji semula polisi-polisi dan syarat-syarat pelaburan dan perniagaan di peringkat Kerajaan Negeri bagi menarik semula pelabur luar dan perkara ini masih dalam peringkat tindakan. Antara polisi-polisi yang sedang dalam proses semakan adalah seperti berikut;-

    1. Garis Panduan Perolehan Hartanah Oleh Warganegara Asing / Penduduk Tetap / Syarikat Asing di Negeri Selangor.
    2. Proses-proses Kelulusan pembangunan seperti Permohonan Kebenaran Merancang, kelulusan Pelan Bangunan, Pelan Infra dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.