Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

184) PELABURAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi kerajaan negeri untuk menarik pelaburan asing?

    Bagi menarik pelaburan asing, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan seperti berikut:-

     

    Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur

     

    Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar negara Bekerjasama dengan pihak swasta dan dewan-dewan perniagaan dalam dan luar negara bagi menarik pelaburan dan menggalakkan aktiviti pelaburan.

     

    Menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat multinasional yang ada di Negeri Selangor bagi membantu mempromosikan Negeri Selangor kepada pelabur-pelabur di Negara masing-masing.

     

    Mewujudkan hubungan baik dengan pihak kedutaan-kedutaan asing di Malaysia bagi mempromosikan peluang-peluang pelaburan di Negeri Selangor.

     

    Promosi dan pengiklanan peluang-peluang pelaburan dalam majalah- majalah perniagaan dalam dan luar

     

    Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa

     

    Penubuhan jawatankuasa PEMUDAH Negeri Selangor bagi menambahbaikkan sistem penyampaian di Negeri

     

    Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap kawasan perindustrian di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memantau isu-isu yang

     

    Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di

     

    Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.

     

    Pemantauan yang   lebih   kerap    terhadap   projek-projek    yang   sedang

     

    Meningkatkan program dialog bersama industri bagi mengenal pasti isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar pihak industri terus

     

    Penubuhan Unit Pelaburan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan bagi memudah cara dan membantu para pelaburan dalam proses pelaburan di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.