Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

168) PELABURAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pelaburan yang telah berjaya pada suku keempat tahun 2019 dan suku pertama tahun 2020.

    Bagi tempoh Januari hingga September 2019, sebanyak 232 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM16,430,142,330 (RM16.43 bilion). Dari jumlah ini, sebanyak RM5,257,321,620 (RM5.26 bilion) adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM11,172,820,710 (RM11.17 bilion) daripada pelaburan asing. Sebanyak 16,795 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan hasil daripada projek perkilangan yang diluluskan di Negeri Selangor.

    Statistik pelaburan bagi tempoh suku pertama tahun 2020 tidak dapat dinyatakan kerana maklumat pelaburan masih belum diperolehi daripada pihak MIDA.

Lampiran

Tiada Lampiran.