Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

90) PELABURAN 2008

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai pelaburan yang diterima oleh negeri Selangor pada tahun 2008?

    Bagi tahun 2008 sebanyak 302 projek perkilangan telah diluluskan di negeri Selangor oleh MIDA/MITI dengan nilai pelaburan berjumlah RM 11,870,910,013. Daripada jumlah ini sebanyak RM 2,866,163,788 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 9,004, 746,225 adalah daripada pelaburan asing. Sebanyak 30,980 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.

     

    Daripada jumlah projek yang diluluskan, sebanyak 202 projek merupakan projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM6,353,259,548 dan sebanyak 100 projek merupakan projek pengembangan pelaburan atau penambahan pelaburan dengan nilai pelaburan berjumlah RM 5,517,650,465.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.