Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

93) PELABURAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 hingga bulan Mei 2009, sudah berapa kali kerajaan Negeri Selangor mencari pelabur di luar negara dan apakah negaranya?

    Bagi tempoh Mac 2008 sehingga Jun 2009 sebanyak 4 misi penggalakan pelaburan ke luar negara telah diadakan seperti berikut;-

     

    Bil. Misi Lawatan Penggalakan Pelaburan Tarikh
    1. Selangor      State     Government      Trade       &

    Investment Mission to Taiwan

    14 – 21 Disember 2008
    2. Penyertaan Kerajaan Negeri Selangor Ke Pravasi Bharatiya Divas 2009 Dan Vibrant Gujarat : Global Investors’ Summit 2009 Di India 6 – 14 Januari 2009
    3. Lawatan Penggalakan Pelaburan Ke Negara

    China (Hefei Dan Beijing)

    24 April – 1 Mei 2009

     

    4. Lawatan Penggalakan Pelaburan Ke Negara China (Kunming, Xian & Guang Zhou) 4 – 13 Jun 2009

     

Lampiran

Tiada Lampiran.