Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

81) PELABURAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sehingga kini berapakah jumlah pelaburan yang diterima oleh Negeri Selangor dan berapakah anggaran pelaburan yang bakal diraih oleh Selangor untuk tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan sehingga tahun 2010?

    Bagi tempoh tahun 2006 hingga Julai 2009, sebanyak 1,070 projek perkilangan telah
    diluluskan di Negeri Selangor oleh MIDA/MITI dengan nilai pelaburan berjumlah RM
    31,099,100,206. Daripada jumlah ini sebanyak RM 14,163,443,650 adalah daripada
    pelaburan tempatan dan sebanyak RM 16,935,656,556 daripada pelaburan asing.
    Sebanyak 89,313 peluang pekerjaan telah diwujudkan.
    Bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke 9 (2006 – 2010), Kerajaan Negeri Selangor
    mensasarkan pelaburan berjumlah RM 25 bilion dengan sasaran tahunan sebanyak RM
    5 bilion setahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.