Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

265) PELABURAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah insentif yang disediakan kerajaan Selangor untuk menarik pelaburan bagi tahun 2015?

    Secara dasarnya pihak Kerajaan Negeri tiada menawarkan sebarang insentif atau ganjaran berbentuk kewangan kepada pelabur tempatan atau asing.

    Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri menyediakan agensi khusus seperti Invest Selangor untuk membantu para pelabur dari mula proses mengenalpasti tapak, menyelaras permohonan-permohonan kelulusan pembangunan serta membantu para pelabur menyelesaikan masalah yang dihadapi samada melibatkan pihak Kerajaan Negeri mahupun pihak Kerajaan Persekutuan.

    Dalam membantu menyelesaikan isu pelaburan yang berbangkit, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Projek secara bulanan yang dipengerusikan oleh YB Dato’ EXCO bagi membincangkan permasalahan yang berbangkit dan membantu pihak pelabur untuk mempercepatkan proses penyelesaian dan proses pembangunan yang dicadangkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.