Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

102) PELABURAN ASING

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: pelaburan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan telah belanja peruntukkan yang begitu banyak sejak tahun 2008 hanya satu MOU yang telah ditandatangani adakah perbelanjaan kerajaan berbaloi? Sila jelaskan

    Sejak tahun 2008 sehingga 2010 sebanyak 15 program lawatan penggalakan pelaburan telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri menerusi Agensi Pelaburan Negeri.

    Antara objektif lawatan ini diadakan adalah untuk;-

    1. Bagi mempromosi dan mengetengahkan peluang-peluang pelaburan di negeri Selangor serta meningkatkan penyertaan pelabur dari Negara-negara yang dilawati di Negeri Selangor;
    2. Mengadakan kunjungan hormat kepada syarikat-syarikat telah membuat pelaburan di Negeri Selangor bagi mengeratkan hubungan serta mendapatkan maklumbalas daripada pengurusan tertinggi syarikat mengenai perancangan pelaburan mereka di Negeri Selangor;
    3. Untuk membuat lawatan dan perbincangan susulan terhadap syarikatsyarikat yang telah menyatakan hasrat untuk melabur di negeri Selangor;
    4. Untuk menarik pelabur-pelabur di dalam beberapa sektor terpilih seperti:-
    • Green Technology (Solar Industry)
    • Service Industry;
      • Information, Communication Technologies (ICT)

    5.Menjalinkan hubungan perdagangan dua hala dan kerjasama ekonomi              antara Malaysia, khususnya Negeri Selangor dan negara-negara yang                dilawati.

    Walaupun hanya satu MOU sahaja yang telah ditandatangani, lawatan penggalakan pelaburan ini berjaya menarik pelaburan berjumlah RM 2.209 bilion daripada beberapa projek baru dan penambahan/pengembangan pelaburan syarikat-syarikat yang sedia ada di negeri Selangor

    MOU yang diadakan adalah antara SSIC Berhad Gabungan LIMA PPTKIS (Indonesia) bertujuan untuk menjalinkan kerjasama bagi penempatan tenaga kerja di sektor perindustrian di Selangor.

    MOU ini diadakan bertujuan mengatasi masalah kekurangan bekalan sumber tenaga kerja di Negeri Selangor di samping membantu para pelabur memudahkan urusan pengambilan pekerja dari Indonesia.

    MOU ini akan menjadikan SSIC Berhad sebagai fasilitator dan pangkalan data bagi tenaga kerja Indonesia di sektor perindustrian di Selangor

    Secara dasarnya, walaupun Kerajaan Negeri membelanjakan peruntukkan yang begitu banyak tetapi ianya membawa pulangan yang positif ke Negeri Selangor hasil daripada pelaburan baru dan penambahan/pengembangan pelaburan bagi syarikatsyarikat yang sedia ada.

    Sejak tahun 2008 sehingga 2010 sebanyak 15 program lawatan penggalakan pelaburan telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri menerusi Agensi Pelaburan Negeri.

    Antara objektif lawatan ini diadakan adalah untuk;-

    • Bagi mempromosi dan mengetengahkan peluang-peluang pelaburan di negeri Selangor serta meningkatkan penyertaan pelabur dari Negara-negara yang dilawati di Negeri Selangor;
    • Mengadakan kunjungan hormat kepada syarikat-syarikat telah membuat pelaburan di Negeri Selangor bagi mengeratkan hubungan serta mendapatkan maklumbalas daripada pengurusan tertinggi syarikat mengenai perancangan pelaburan mereka di Negeri Selangor;
    • Untuk membuat lawatan dan perbincangan susulan terhadap syarikatsyarikat yang telah menyatakan hasrat untuk melabur di negeri Selangor;
    • Untuk menarik pelabur-pelabur di dalam beberapa sektor terpilih seperti:-
      1. Green Technology (Solar Industry)
      2. Service Industry;
    • Information, Communication Technologies (ICT)
    • Menjalinkan hubungan perdagangan dua hala dan kerjasama ekonomi antara Malaysia, khususnya Negeri Selangor dan negara-negara yang dilawati.

    Walaupun hanya satu MOU sahaja yang telah ditandatangani, lawatan penggalakan pelaburan ini berjaya menarik pelaburan berjumlah RM 2.209 bilion daripada beberapa projek baru dan penambahan/pengembangan pelaburan syarikat-syarikat yang sedia ada di negeri Selangor

    MOU yang diadakan adalah antara SSIC Berhad Gabungan LIMA PPTKIS (Indonesia) bertujuan untuk menjalinkan kerjasama bagi penempatan tenaga kerja di sektor perindustrian di Selangor.

    MOU ini diadakan bertujuan mengatasi masalah kekurangan bekalan sumber tenaga kerja di Negeri Selangor di samping membantu para pelabur memudahkan urusan pengambilan pekerja dari Indonesia.

    MOU ini akan menjadikan SSIC Berhad sebagai fasilitator dan pangkalan data bagi tenaga kerja Indonesia di sektor perindustrian di Selangor

    Secara dasarnya, walaupun Kerajaan Negeri membelanjakan peruntukkan yang begitu banyak tetapi ianya membawa pulangan yang positif ke Negeri Selangor hasil daripada pelaburan baru dan penambahan/pengembangan pelaburan bagi syarikatsyarikat yang sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.