Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
119) PELABURAN ASING
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan program dan usaha yang telah dilakukan untuk tujuan mempromosikan negeri Selangor di luar negara dalam usaha menarik pelabur?
- Program dan usaha yang dilakukan untuk tujuan mempromosikan Negeri Selangor di luar negara dalam usaha menarik pelaburan seperti berikut;-
- Program jangka masa panjang;-
- Melaksanakan perancangan pelan perancangan strategik sektor perindustrian yang telah diterbitkan.
- Merangka dan memacu hala tuju pembangunan perindustrian melalui Majlis Mesyuarat yang ditubuhkan seperti;-
- Selangor Information Technology and E-Commerce Council (SITEC)
- Selangor Halal Council
- Selangor Aerospace Council
- Selangor BioTech Council
- Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program misi pengalakkan pelaburan ke luar Negara sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun ke Negara-Negara yang telah dikenal pasti dan yang berpotensi.
- Program promosi melalui media cetak dan elektronik.
- Mewujudkan jaringan hubungan atau networking dengan agensi-agensi yang berkaitan (agensi kerajaan, kedutaan, Dewan-Dewan Perniagaan Dalam dan luar Negara).
- Mewujudkan rakan hubungan strategik dengan agensi-agensi yang berkaitan.
- Pengkelasan kawasan perindustrian mengikut standard kawasan perindustrian luar Negara bagi menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif mengikut keperluan industri.
- Mewujudkan kawasan perindustrian yang selesa dan kondusif berkonsepkan Managed Industrial Parks.
- Penganjuran ekspo dan forum bertaraf antarabangsa.
- Penerbitan buku panduan Doing Business in Selangor : A Guide Book fo Investors
- Program jangka masa pendek;-
- Penjenamaan dan mempromosikan kawasan-kawasan perindustrian yang berpotensi melalui media cetak atau elektronik.
- Pengemaskinian dan penyediaan buku panduan pelaburan yang komprehensif dan mudah untuk dijadikan bahan rujukan para pelabur.
- Membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB EXCO.
- Memperkasakan peranan Unit Pelaburan PBT bagi membantu para pelabur dalam proses kelulusan pembangunan.
- Menyediakan peruntukkan khusus bagi penyelenggaran kawasan perindustrian di setiap PBT.
- Mengadakan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu menyelesaikan isu-isu kawasan perindustrian yang dihadapi oleh pelabur di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.