Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

137) PELABURAN ASING

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan baru dalam meningkatkan lagi pelaburan asing ke Selangor?

    Antara rancangan-rancangan baru yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pelaburan asing di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    • Menggalakkan penyertaan pelabur-pelabur asing bukan sahaja di sektor perkilangan, tetapi juga di sektor lain seperti pembangunan taman tema, pembangunan institusi, projek-projek infrastruktur dan lain-lain lagi.
    • Perancangan untuk membuka kawasan-kawasan perindustrian dengan konsep-konsep baru yang lebih menarik dan kondusif. Perancangan ini masih dalam peringkat kajian lanjut.
    • Meningkatkan jaringan perhubungan dengan kedutaan-kedutaan asing di negara ini, Dewan-Dewan Perniagaan Asing (Foreign Business Council) yang ada di Malaysia atau di Luar Negara seperti Acensia di Belgium, Swissmen (Swiss Machinery, Equipment and Manufacturer) di Switzerland.
    • Meningkatkan peiklanan di media cetak dan media elektronik untuk edaran tempatan dan antarabangsa seperti berikut:-
    • Media Cetak
      1. The Edge,
      2. Malaysia Business,
    • Going Places,
    • Upward Magazine,
    • MGCC Megazine, FDI Megazine,
    • Going Places Megazin
    • Nikkei Business Magazine
    • Site Selection Magazine
    • Media Elektronik
    • The Edge E-Publication,
    • KLIA TV
    • Mempromosikan peluang-peluang pelaburan dalam bentuk video di KLIA TV.
    • Meningkatkan kerjasama dengan institusi-institusi kemahiran, dan pengajian tinggi milikan awam mahupun swasta dalam menyediakan tenaga kerja mahir untuk keperluan sektor perindustrian.
    • Meningkatkan program dialog bersama industri bagi mengenalpasti isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar pihak industri terus beroperasi di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.