Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

129) PELABURAN ASING

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang akan diambil untuk meningkatkan pelaburan asing di Negeri Selangor?

    Antara usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pelaburan asing di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    1. Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing.
    2. Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
    3. Penubuhan Jawatankuasa PEMUDAH Negeri Selangor bagi menambahbaikkan sistem penyampaian di Negeri Selangor.
    4. Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap kawasan perindustrian di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
    5. Menaiktaraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science Park.
    6. Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One stop Centre (OSC) yang ditubuhkan di setiap PBT.
    7. Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di Selangor.
    8. Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
    9. Pemantauan yang lebih kerap terhadap projek-projek yang sedang dilaksanakan.
    10. Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar negara
    11. Bekerjasama dengan pihak swasta dan dewan-dewan perniagaan dalam dan luar negara bagi menarik pelaburan dan menggalakkan aktiviti pelaburan.
    12. Meningkatkan program dialog bersama industri bagi mengenal pasti isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar pihak industri terus beroperasi.
    13. Penubuhan Unit Pelaburan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan bagi memudah cara dan membantu para pelaburan dalam proses pelaburan di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.