Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

139) PELABURAN ASING DARI JERMAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan negara Jerman merupakan negara sains dan teknikal yang agak terkemuka di dunia dan nilai purata pelaburan dari negara Jerman merupakan antara yang tertinggi di Selangor, apakah usaha kerajaan untuk menjalin hubungan ekonomi dan sosial yang lebih erat dengan pelabur dan rakyat Jerman?

    Negara Jerman merupakan antara pelabur utama yang melabur di Negeri Selangor. Bagi tempoh 2000 hingga 2010 sebanyak 64 projek perkilangan melibatkan pelabur daripada Jerman telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 4,749,748,102 dan merupakan negara ketiga tertinggi dari segi jumlah pelaburan.

    Antara usaha Kerajaan Negeri untuk menjalin hubungan ekonomi dan sosial dengan lebih erat dengan pelabur Jerman adalah seperti;-

    1. Menjalinkan hubungan erat dengan pihak Kedutaan dan dewan-dewan perniagaan yang melibatkan pelabur dari Jerman seperti Malaysia German Chamber of Commerce.
    2. Mengadakan program pertemuan dan lawatan ke syarikat-syarikat Jerman yang ada di Negeri Selangor bagi mendapatkan maklum balas berkenaan isu-isu pelaburan mereka dan membantu bagi menyelesaikannnya.
    3. Kunjungan pihak Kerajaan Negeri ke Jerman bagi melawat dan mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat yang telah melabur di Negeri Selangor.
    4. Membantu dengan mempercepatkan proses kelulusan projek-projek yang melibatkan syarikat Jerman samada projek baru atau pengembangan atau penambahan pelaburan mereka di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.