Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

118) Pelaburan Asing

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pelaburan asing (FDI) yang telah masuk ke Selangor bagi tahun 2020?

    Bagi tempoh Januari hingga Jun 2020, sebanyak 122 projek perkilangan telah diluluskan oleh MIDA di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 3,386,391,933 (RM 3.39 bilion). Daripada jumlah ini sebanyak RM 1,559,547,468 atau 46.05% adalah daripada pelaburan asing.

Lampiran

Tiada Lampiran.