Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

9) PELABURAN BERKAITAN DENGAN INDUSTRI BERASASKAN TEKNOLOGI HIJAU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai dasar-dasar yang direka khusus untuk menarik lebih ramai pelabur untuk melabur dalam industri yang berasaskan teknologi hijau dari dalam dan luar negara? Jika tidak. Mengapa?

    Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif fiskal bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Diperbaharu atau Renewable Energy (RE) dan syarikat-syarikat mengamalkan aktiviti-aktiviti penjimatan tenaga Energy Efficiency (EE) dimana mereka layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance) dan Status Perintis (Pioneer Status)

    Syarikat-syarikat ini juga boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian duti import dan cukai jualan untuk tempoh setahun bagi mesin, peralatan, material dan alat ganti import yang digunakan secara terus dalam penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE dan aktiviti EE. Insentif-insentif ini telah ditambah baik di bawah Bajet 2009 di mana pengecualian boleh diberikan bagi:

    • Duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan pihak ketiga diberi kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan photovoltaic yang diluluskan.
    • Pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas solar daripada pengilang tempatan;
    • Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti motor cekap tenaga (high efficiency motors) dan bahan penebat (insulation material) diberi kepada pengimport termasuk agen yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga.
    • Pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian Electrical & Elektronic consumer goods yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga seperti bahan penebat, peti sejuk domestik, Ballast untuk lampu fluorescent, kipas domestik, lampu dan penyaman udara

    Pengelasan industri teknologi hijau adalah seperti berikut;-

    i) Sektor Tenaga
      Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga
        dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-
        generation) di sektor industri dan komersial; dan
    Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor
      penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.
    Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan,
      pemuliharaan dan pemusnahan bangunan
    Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan
      sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan
      sampah; dan
    Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan
      dan            kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.

    Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Lampiran

Tiada Lampiran.