Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

88) PELABURAN DALAM NEGERI

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk pelaburan baharu dalam negeri yang memberikan impak kepada peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

    Dalam menarik pelaburan ke Negeri Selangor, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada industri – industri berasaskan pengetahuan dan yang berimpak tinggi dengan objektif utama untuk menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran dapat disalurkan di semua peringkat jawatan.
    Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor sedang giat mempromosikan beberapa industri tumpuan utama berdasarkan potensi yang ada di Negeri Selangor. Antara industri tumpuan utama tersebut seperti;-
    i. Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronics)
    ii. Peralatan Pengangkutan / (Transport Equipments)
    iii. Sains Hayat / (Life Sciences)
    iv. Makanan dan Minuman / (Food & Beverages Industries)
    v. Mesin dan Peralatan / (Machinery & Equipment)
    Daripada beberapa sektor industri utama tersebut, beberapa bidang industri tumpuan telah dikenalpasti berpotensi untuk berkembang dan memberi impak kepada peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan di negeri Selangor seperti;-
     E – Commerce
     Bio – Teknologi
     Aero – Angkasa
     Industri Halal
    Industri-industri ini semakin berkembang dan mendapat tempat sejajar dengan arus perkembangan ekonomi dunia yang kini lebih menjurus kepada perniagaan secara e-dagang, sains dan teknologi bio serta aero angkasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.