Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

78) PELABURAN DAN PERINDUSTRIAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Saya lihat Selangor sebagai Negeri yang amat giat dalam sektor Perindustrian. Tetapi Kedudukan istimewa ini telah dilihat tergugat oleh negeri lain. Apakah rancangan Kerajaan pakatan rakyat dalam tempoh terdekat untuk membentuk satu suasana perniagaan yang lebih selesa dan senang pakai? Apakah rancangantelah diambil untuk menarik pelaburan di negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri juga mengamalkan beberapa dasar yang menjadikan Negeri
    Selangor menjadi destinasi pelaburanyang menarik seperti berikut;-
    1. Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar
    pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada
    pelabur asing.
    2. Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan
    dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan
    maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak
    industri/pelaburdi Selangor.
    3. Menaik taraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta
    menyediakankawasan perindustrianyang selesa.
    4. Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak
    industri.
    5. Mempercepatkanproses kelulusan permohonanseperti PermohonanSijil
    Layak menduduki, PermohonanKelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain
    kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One-StopCentre (OSC) yang ditubuhkandi setiap PBT.
    6. Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Negeri dan Daerah bagi
    memantau perlaksanaan projek-projek pelaburan di setiap daerah serta
    mempromosikanpeluang-peluangpelaburandi setiap daerah.
    —- – – – – –
    7. Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan
    Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa
    Tempatan

Lampiran

Tiada Lampiran.