Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

23) PELABURAN DI NEGERI SELANGOR SELEPAS PENULARAN PANDEMIK COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah awal Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur asing melabur dan relocate aktiviti perniagaan mereka di Negeri Selangor khususnya selepas dunia dilanda penularan pandemik COVID-19 ?

    Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor Berhad telah meneroka peluang untuk syarikat – syarikat pelabur asing yang berpotensi untuk melabur di Negeri ini dan pada masa yang sama mempunyai operasi di negara- negara yang terkesan dengan pendemik ini untuk cuba menarik minat mereka bagi menimbang untuk memindahkan operasi mereka di negara – negara tersebut ke Negeri Selangor.

    Disamping itu juga, Invest Selangor juga meneruskan usaha- usaha promosi menarik pelaburan menerusi pelbagai kaedah seperti webinar, persidangan dan pameran secara maya (virtual).

Lampiran

Tiada Lampiran.