Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

220) PELABURAN DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pelaburan di seluruh Negeri Selangor dan pecahannya bagi daerah Klang dan Petaling?

    Bagi tempoh Januari hingga Mac 2009 sebanyak 73 projek perkilangan telah diluluskan oleh MIDA di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 1,209,661,810. Daripada jumlah ini sebanyak RM 599,518,179 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 310,143,631 daripada pelaburan asing. Sebanyak 4,310 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.

     

    Pecahan pelaburan bagi daerah Klang dan Petaling adalah seperti berikut;-

     

    Daerah Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Petaling 32 1,944 438,888,383 112,117,509 551,005,892
    Klang 22 1,100 360,238,861 96,086,862 456,325,723
    Jumlah 54 3,044 799,127,244 208,204,371 1,007,331,615

    Sumber : MIDA

Lampiran

Tiada Lampiran.