Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

80) PELABURAN DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dilaporkan bahawa bulan Jun lalu telah diadakan lawatan ke Dubai bagi tujuan menarik pelaburan. Apakah susulan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri selepas lawatan itu?

    Hasil daripada lawatan tersebut beberapa syarikat telah menyatakan minat dan hasrat
    yang tinggi untuk melabur di negeri Selangor di bidang-bidang seperti hartanah,
    pertanian, pembinaan, waste management, pengilangan makanan dan lain-lain lagi.
    Berikutan itu juga beberapa tindakan susulan telah dibuat di mana pihak SSIC Berhad
    telah membuat hubungan susulan menerusi surat dan mesyuarat dengan syarikat
    terbabit bersama-sama dengan jabatan-jabatan yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.