Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

4) PELABURAN DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pelaburan masuk ke Selangor sehingga Jun 2015 berbanding 2014?

    Bagi tempoh Januari hingga Mac 2015 sebanyak 62 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan jumlah modal pelaburan bernilai RM 1.950 bilion. Manakala sebanyak 58 projek perkilangan dengan nilai pelaburan berjumlah RM 1.979 bilion telah diluluskan di Negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga Mac 2014.

    Jadual 1 : Projek Perkilangan yang diluluskan di Selangor mengikut status projek bagi tempoh Januari hingga Mac 2015

     

     

    Status

     

    Projek

    Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan

    (RM)

    Projek Baru 45 2,966 516,356,483 226,859,939 743,216,422
    Pengembangan / Pembesaran Projek  

    17

     

    1,024

     

    280,862,745

     

    926,431,229

     

    1,207,293,974

    Jumlah 62 3,990 797,219,228 1,153,291,168 1,950,510,396

     

    Jadual 2 : Projek Perkilangan yang diluluskan di Selangor mengikut status projek bagi tempoh Januari hingga Mac 2014

     

     

    Status

     

    Projek

    Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Projek Baru 38 3,039 509,489,018 922,972,324 1,432,461,342
    Pengembangan

    / Pembesaran Projek

     

    20

     

    1,837

     

    477,102,892

     

    69,811,030

     

    546,913,922

    Jumlah 58 4,876 986,591,910 992,783,354 1,979,375,264

    * Sumber : MIDA

Lampiran

Tiada Lampiran.