Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

254) PELABURAN INISIATIF PBT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peranan khusus setiap PBT di Selangor dalam menarik pelaburan dalam dan luar negara bagi merancakkan ekonomi?

    Kerajaan Negeri telah mewujudkan Unit Pelaburan dan melantik Pegawai Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan. Rasional penubuhan Unit Pelaburan ini bagi menggalakkan dan menjana pertumbuhan ekonomi Pihak Berkuasa Tempatan yang berterusan serta menerokai peluang pelaburan berasaskan potensi dan prospek ekonomi tempatan. Objektif penubuhan Unit Pelaburan adalah :-

    • Untuk meningkatkan pelaburan di PBT terutamanya di bidang perdagangan, perkilangan dan perkhidmatan di kawasan PBT.
    • Membantu syarikat mendapatkan kelulusan segera terhadap projek pelaburan yang akan dilaksanakan.
    • Memantau pelaksanaan projek dan membantu mengatasi masalah yang dihadapi pelabur jika berbangkit.

    Peranan Unit Pelaburan dan Perdagangan di Pihak Berkuasa Tempatan seperti berikut;-

    • Mempromosikan PBT/Daerah sebagai destinasi pelaburan mengikut kekuatan sumber ekonomi daya di kawasan PBT berkenaan.
    • Membantu menangani masalah yang dihadapi oleh pelabur untuk mendapatkan tapak, kelulusan pelan bangunan dan lain-lain.
    • Memastikan program pembangunan seperti infrastruktur dilaksanakan untuk menarik dan memenuhi kehendak pelabur.
    • Memastikan pihak berkuasa memaklumkan secara jelas kepada pelabur mengenai prosedur kelulusan tanah, pelan susun atur, pelan bangunan dan pelesenan diperlukan serta kaedah untuk mendapatkannya.
    • Mengenal pasti projek-projek baru yang berpotensi di PBT/Daerah berkenaan mengikut kekuatan masing-masing.
    • Menyediakan maklumat asas pelaburan sebagai rujukan pelabur.
    • Memantau kelulusan pelaburan dan perdagangan di setiap PBT yang telah diberikan bagi melihat perlaksanaannya supaya tempoh kelulusan dapat disingkatkan dan pelabur mencapai keuntungan daripada pelaburan yang dibuat

Lampiran

Tiada Lampiran.