Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

148) PELABURAN KELUAR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pelaburan keluar pada 2018 dan faktornya

    Bagi tempoh Januari hingga Julai 2018, Jabatan Tenaga Kerja telah merekodkan sebanyak 13 syarikat yang membuat penutupan operasi di Negeri Selangor dengan melibatkan seramai 313 pekerja tempatan.

    Antara faktor – faktor yang menyebabkan penutupan operasi syarikat adalah seperti berikut;-

    1. Pemindahan operasi ke tempat lain.
    2. Kejatuhan pasaran produk. iii. Kos pengeluaran meningkat. iv.            Kejatuhan permintaan dalam pasaran. v.        Tiada permintaan produk vi.        Penggulungan syarikat.

    Sumber : Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.