Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

241) PELABURAN KESIHATAN OLEH GLC NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan semua pelaburan dalam sektor kesihatan oleh GLC Negeri Selangor

    Masyarakat peka terhadap kesihatan diri namun hanya mendapatkan rawatan apabila simptom sebenar penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kanser dan kencing manis telah dikenalpasti. Semakin hari, kos rawatan semakin tinggi terutama apabila telah berada di tahap kritikal.  Ini dapat dielakkan jika kita mencegahnya dari awal.  Kerajaan negeri memfokuskan kepada program-program pencegahan untuk mengurangkan kadar penyakit tidak berjangkit dan dalam masa yang sama menurunkan kadar penyakit berjangkit.  Sebanyak RM21 juta telah diperuntukkan bagi menjayakan hasrat Selangor Negeri Sihat.  Peruntukan ini meliputi RM10 juta untuk Skim Peduli Sihat, Program Pencegahan Denggi RM 3 juta serta Program Bantuan Sihat Selangor termasuk Dialisis berjumlah RM 5 juta.

    SELGATE Corporation Sdn Bhd (anak syarikat PKNS) yang telah diberi mandat oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mempelopori bidang perniagaan dalam industri penjagaan kesihatan telah membuat pelaburan dalam sektor kesihatan seperti berikut :

     

    • Pembelian sistem pengurusan kesihatan pihak ketiga ataupun Third Party                Healthcare Administration (TPA)
    • Pembelian ekuiti dalam rangkaian klinik dan pusat perubatan am
    • Pengurusan rangkaian lapan belas (18) klinik
    • Projek pembangunan hospital (dalam perancangan)

Lampiran

Tiada Lampiran.