Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

197) PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah syarikat pelaburan asing yang melabur di Negeri Selangor sehingga Jun 2019?

    Bagi tempoh Januari hingga Mac 2019, sebanyak 75 projek perkilangan telah diluluskan di Selangor oleh MIDA dengan jumlah pelaburan bernilai RM1,521,573,566.00 (RM1.522 bilion)

    Daripada jumlah ini sebanyak 51 projek merupakan projek baru dengan nilai pelaburan bernilai RM1,126,208,695 dan sebanyak 24 merupakan projek pengembangan/ penambahan pelaburan dengan nilai pelaburan berjumlah RM395,364,871.00

Lampiran

Tiada Lampiran.