Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

91) PELABURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi bagi setengah tahun yang pertama 2016?

    Bagi tempoh Januari hingga Mac 2016, sebanyak 51 projek perkilangan telah diluluskan MIDA di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 914,638,258. Dari jumlah ini sebanyak RM 436,443,339 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 478,194,919 daripada pelaburan asing. Sebanyak 2,933 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan hasil daripada projek-projek perkilangan yang telah diluluskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.