Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

110) PELABURAN SEKTOR PEMBUATAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selangor menjadi Negeri kedua tertinggi, mendapat pelaburan sektor pembuatan dalam Malaysia. Siapakah pelabur-pelabur tersebut, adakah semua pelaburan baru atau tambahan daripada pelaburan awal?

    Bagi tempoh Januari hingga Disember 2011, sebanyak 263 projek perkilangan telah diluluskan oleh MIDA/MITI di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 8,741,116,758 (RM 8.741 bilion). Sebanyak RM 4,504,853,012 (RM 4.504 bilion) adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 4,236,263,746 (RM 4.236 bilion) adalah daripada pelaburan asing.

    Daripada jumlah ini sebanyak 171 projek merupakan projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM 4,383,755,006 (RM 4.383 bilion). Manakala sebanyak 92 projek merupakan projek penambahan/pengembangan pelaburan dengan nilai pelaburan berjumlah RM 4,357,361,752 (RM 4.357 bilion)

          Peluang        
      Pelaburan   Pelaburan
    Status   Projek Pelaburan
    Pekerjaan Tempatan (RM) Asing (RM)
        (RM)
             
    Projek Baru 171 12,887 2,131,830,723 2,251,924,283 4,383,755,006
    Projek

    Pembesaran /

    Pengambangan Pelaburan

    92 7,863 2,373,022,289 1,984,339,463 4,357,361,752
    Jumlah   263   20,750   4,504,853,012   4,236,263,746   8,741,116,758

    Jumlah Modal

     Sumber : MIDA

     

Lampiran

Tiada Lampiran.