Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

199) PELABURAN TAHUN 2015 DAN 2016

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah banyak pelaburan yang diterima negeri Selangor berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia pada tahun 2015 dengan memberi butiran dan senarai setiap satu pelaburan ini. Apakah strategi dan sasaran pelaburan untuk tahun 2016?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor amat komited dalam pembangunan wanita di Selangor, khususnya dalam pelaksanaan program-program pemerdayaan ekonomi hawa. Justeru itu, dalam membangun kapasiti wanita dan ekonomi kreatif, bagi tahun 2016 ini melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperkenalkan satu program yang dikenali sebagai PWB Shoppe. Pelbagai usaha penambahbaikan dan perancangan telah diatur bagi melaksana dan menjayakan program tersebut. Namun demikian, setelah beberapa semakan dan penelitian dibuat, Kerajaan Negeri mendapati program ini masih belum bersedia dan memerlukan penambaikan lagi sebelum ianya dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, program ini ditangguhkan pelaksanaannya bagi tahun 2016.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.