Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

149) PELABURAN TEMPATAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah prestasi pelaburan tempatan di Selangor pada 2018-2019?

    Bagi tahun 2018, sebanyak 241 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan jumlah nilai pelaburan sebanyak RM18,947,397,499. Ini adalah rekod tertinggi dalam sejarah Negeri Selangor. Daripada jumlah ini sebanyak RM8,110,436,804 adalah daripada pelaburan tempatan.

    Manakala bagi tempoh Januari hingga September 2019, sebanyak 232 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM16,430,142,330. Daripada jumlah ini, sebanyak RM5,257,321,620 daripada pelaburan tempatan.

    Oleh itu, berdasarkan statistik ini dapat dilihat bahawa nilai pelaburan tempatan bagi tempoh Januari hingga September 2019 adalah menurun sebanyak 35% berbanding nilai pelaburan tempatan yang direkodkan bagi tahun 2018.

    Namun begitu, statistik pelaburan yang dikeluarkan oleh pihak MIDA bagi tahun 2019 adalah bagi tempoh Januari hingga September dan ianya tidak merangkumi secara keseluruhan bagi tahun 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.