Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

180) PELABURAN TEMPATAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah prestasi pelaburan tempatan di Selangor pada 2018?

    Bagi tempoh Januari hingga Jun 2018 sebanyak 83 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM3,095,846,952 (RM3.096 bilion). Daripada jumlah ini sebanyak RM1,571,251,260 (50%) adalah daripada pelaburan langsung asing dan sebanyak RM1,524,595,692 (50%) daripada pelaburan tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.